Tuesday, November 2, 2010

KASIH SEORANG AYAH

Di perhentian bas itu, mata tuanya menyapa setiap insan yang melintasi..ada yang melemparkan senyum, tak kurang langsung tidak memandangnya..si tua itu diam. Dia memandang kosong di hadapan. Mulutnya terkumat-kamit, mengomel sendiri. Menunggu seseorang..datang kepadanya. Mencium kedua tangannya yang kasar, memeluknya dan memanggilnya ‘ayah’. Namun.. hakikatnya, insan yang ditunggu tidak ketahuan bila kehadirannya. “anakku..”, rintih si tua itu..
Mengimbau kenangan zaman mudanya..ketika baru bergelar ayah. Betapa hangat kasih sayang pada si anak, terasa hingga kini. Dia bangga dengan anaknya..”anakku pandai, dapat masuk universiti, dapat kerja bagus. Tapi, anakku..”. Terhenti si tua dari mengelamun.
Dari arah lain, sepasang mata memerhati kelakuan si tua itu. Dari susuk badansi tua, mata itu dapat merasakan banyak kudrat si tua telah dikeluarkan sepanjang zaman mudanya..”bongkok sudah pak cik ni..kesian, buat apa la dia kat sini, umur2 macam ni, bukan ke patut dihabiskan di masjid”. Mata itu milik seorang anak muda. Dia kenal si tua yang digelar pak cik itu dan tujuannya di perhentianini. Dia jiran sekampungnya. Sejak sekolah rendah hingga kini umurnya menjengah 16tahun..pak cik tua itu setia menunggu anaknya di situ. “kenapalah susah payah tunggu anak dia, bukannya nak balik pun. Macam kacang lupakan kulit. Kesian..”. Desis anak muda itu.
Sekilas, pandangan matanya berlaga dengan pandangan si tua itu. “gurlp..!”. terkedu si anak muda. “alamak, dia tengok aku..”. cepat2 pandangannya di arahkan ke tempat lain. Saat berpaling semula, kelibat si tua telah hilang.”aii, cepatnya hilang. Pegi mana pak cik tu…””alah, tak yah sibuk lah jaga tepi kain orang lain.” desis hatinya lagi..
5minit..10minit..anak muda itu berperang dengan perasaan sendiri. ”eisy, tak leh jadik ni. Nak tengok le pak cik tu pegi mana”. Sejurus, kakinya menapakmengatur langkah. Ke arah tempat asal si tua duduk. Dicari-cari kelibat si tua itu. “kiri takde..kanan takde..,pegi mana dia?”. Digaru-garu kepala yang tak gatal. “ada apa, nak..?” tiba-tiba satu suara menyergahnya dari arah belakang. ”omak!!”. anak muda itu hampir melompat. “astaghfirullah..terkejut aku”. Ngomelnya sendiri..”err, tak de pape. Saje lalu sini..” dalihnya.
“kamu ni anak jamaludin kan..? siapa nama?” tanya si tua. Tangannya dihulur. Segera salamnya bersambut. “err, ha’ah..nama saya haikal”. “owh..haikal. da besar. Dulu pak cik selalu tengok ayah kamu bawa kamu pegi sekolah..”sambung situa. Haikal hanya tersenyum. Ingat lagi dia, sewaktu umur mencecah 7 tahun, dia merungut tidak mahu ke sekolah. Ayahnya lah beria-ia mengejutkannya awal pagi..dan hantar ke sekolah. “dengan ilmu lah haikal boleh berjaya. Abah dan mak tak selamanya dapat jaga haikal. Haikal kena pandai jaga diri. Ingat dan lakukan perintah ALLAH, sayang pada semua orang..ye”. itulah pesan abahnya yang tersemat rapi dalam ingatannya hingga kini. “terima kasih abah. Haikal bangga ada seorang ayah macam abah”. hatinya bermonolog sendiri.
Kembali ditatap wajah tua itu. “pak cik..tunggu siapa? Anak pak cik ke..?”.mata tua itu menatap wajah bersih si muda. “pak cik tunggu anak pak cik, kejap lagi dia balik la. Dia kerja, kumpul duit.. nak hantar pak cik dan mak cik pergi haji tahun depan..”. “em, betul ke pakcik ni..” desis haikal. “mak senah, jiran haikal cakap, anak pak cik dah tak ingat pak cik lagi, penat je pak cik tunggu sini tiap2 hari”. Lancang mulut si muda menuturkan kata-kata.
Si tua itu diam. Mula menyusun ayat. “pak cik ayah dia. Pak cik yakin dia akan balik..takpelah pak cik tunggu sini sorang-sorang. Haikal takbalik rumah? Tunggu siapa di sini?”. Mata tua itu redup memandangnya. ”saya tunggu kakak saya. Tadi dia beli tiket nak balik kolej”
Ditatap wajah si muda sedalam-dalamnya. “nak..sementara umur kamu masih muda, raihlah seberapa banyak ilmu.dunia dan akhirat.. Jangan lupa kewajipan kamu pada ALLAH dan keluarga. Pada semua orang di sekeliling kamu. Isilah masa muda kamu sekarang dengan sebaiknya..jangan lupa pada keluarga bila kamu senang”. kata-kata itu seolah-olah ingin disampaikan pada anaknya.
- senyap-
“Pak cik sayang anak pak cik..biarlah apa orang nak kata, pak cik yakin dia akan balik” sambung si tua lagi
Terkedu si muda.“err, terima kasih pak cik. Saya akan ingat pesanan pak cik. Saya pun doakan anak pak cik akan balik dan jumpa pak cik semula”. Sejurus, anak muda itu bersalaman dan merangkul si tua. Manik-manik jernih menuruni matanya. “anakku..” . rintihnya. Sekilas, wajah anaknya menerpa ruang fikiran
p/s: biarpun siapa bapa kita, baik atau jahatnya dia, dia tetap bapa kita. Seorang bapa sanggup menunggu anaknya yang sibuk mengejar bahagia masa depannya, sedangkan masa umur si bapa pula semakin pendek..entahkan sempat, entahkan tidak berjumpa anaknya semula..pengorbanan bapa tak mungkin kita terbalas.
“salam aidiladha buat semua…Sama2 kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam menuruti perintah ALLAH s.w.t. Nabi Ismail a.slangsung bersetuju bilamana ayahandanya menyatakan perintah ALLAH dalam mimpi baginda untuk menyembelih anakanda tersayang.Semoga kita pun begitu. Patuh padaibu bapa dalam memenuhi ketaatan padaALLAH s.w.t.”
“dan tetaplah memberi peringatan. Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat pada orang mukmin” (az-Zaariyat:55)

No comments:

Post a Comment